Followers


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Saya tak ingat bila kali terakhir saya singgah di Penanti, Hampir 9 tahun mungkin beberapa kali singgah atas urusan kerja (and most of the time during visiting my lovely ex-girlfriend......Shhhhh..).

Anyway, Saudara Fairus setelah puas menjarah sumber hasil bumi P.Pinang telah pun dengan paksa rela melepaskan kerusi DUN Penanti meskipun diketahui bahawa bukan beliau seorang yang terlibat. Rakan Rakan penjenayah beliau sekali lagi berjaya disorokkan oleh Hantu Kopek Jantan yang berasal dari Permatang Pauh .



Sekali lagi PKR akan bertanding di kerusi ini, saya menjangkakan UMNO akan meletakkan calon untuk mencabar. Dan saya rasa pandangan akar umbi akan terus menjadi kriteria pemilihan DSNajib. Meskipun BN tampak sukar untuk merampas, saya tetap positif kejutan akan berlaku.


Siapa calon PKR?


Saya berpeluang ber SMS dengan Hantu Kopek dari Permatang Pauh petang tadi untuk bertanya tentang Calon Terhebat PKR .


Hampa...


Walaupun didesak berulangkali, Hantu Kopek ni enggan mendedahkan butir-butir lanjut mengenai pendedahan tersebut. Sebaliknya beliau hanya menegaskan bahawa pengumuman akan di buat esok,


"Satu pendedahan yang amat besar.""Tunggulah esok," tambahnya.


Sebentar tadi, Message ringtone saya berbunyi, Terdetik Rasa di hati, sungguh tak sangka selama ini saya yang asyik memburukkan Hantu Kopek tersebut kerana sifat kekalnya ber lidah cabang 5 telah pun bersedia dengan jawapan tepat jam 1.00 pg.

Bersemangat Betul Hantu ni...


SMS beliau seperti berikut:-



"Sekarang Masanya Tidak Sesuai Untuk Kita Buat Pendedahan, Merbahaya!. Saya Janji, Esok............ Jika Kita Menang DUN Penanti Kita akan Dedahkan ....!!"


Eh ... Pulakdah........?


3 comments

  1. Anonymous // April 16, 2009 at 5:55 PM  

    Semua ini adalah saki baki anak didik UMNO.Apa yang nak di hairankan.Mereka telah diajar supaya kumpulkan kekayaan masing2.Bagi saya orang yang ada kepentingan peribadi saja sokong dan masuk UMNO ni.Pepatah mengatakan ikan busuk bermula dari kepala.Jadi kita kenalah buang kepala dulu.

  2. sarjanhn // April 16, 2009 at 7:19 PM  

    Anon,

    Benar Fairus anak didik UMNO,lebih jelas lagi beliau anak didik Mantan Timbalan Perdana Menteri E.C Brother Anwar Bin Ibrahim maka tidak menghairankan jika beliau ghairah mencari kekayaan ala Mentornya. Saya percaya jika beliau kekal dalam UMNO beliau tidak akan pernah layak untuk menjadi wakil rakyat mahupun AJK JKKK kampung sekalipun. Hanya PR yang pilih orang macamni untuk mewakili mereka

  3. Anak Pantai Merdeka // April 16, 2009 at 8:44 PM  

    Salam Sarjan,

    Besar kemungkinan Dr. Mansor Othman, timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang akan dicalonkan di DUN Penanti. Ini adalah kerana jawatan TKM masih dikosongkan...bila Dr. Mansor menang, TKM menjadi milik beliau. Harus diingat Dr. Mansor pernah kalah di DUN Pulau Betong pada PRU yang lalu.

Our Disclaimer /